BUDAYA DAN ADAT RESAM HINDU
Dalam Agama Hindu ada lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan Pancasradha. Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu. PANTANG LARANG Semasa Mengandung Semasa Perkahwinan Semasa Deepavali . Pantang Larang Semasa
Mengandung semasa Ibu dilarang keluar pada waktu malam secara berseorangan. Ibu dilarang tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam ( tidur berlebihan ) Ibu dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih. Suami dilarang memukul atau mengasari isteri. Suami dilarang menyembelih/ membunuh binatang & menebang pokok khasnya pokok pisang. SELEPAS Dlm tempoh 2 bulan, ibu perlu hindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja berat.
SELEPAS KELAHIRAN Potong Tali Pusat Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.
Menyapu Madu Bayi yang baru dilahirkan akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Air gula juga boleh digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur. Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi.
Membawa Bayi Pulang Ke Rumah Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dari pada berlaku. Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.
Mandi Selepas Bersalin Bayi diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas. dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan. Pembedahan ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Normal ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. Bayi dimandikan pada waktu tengah hari oleh seorang wanita yang berpengalaman. Bayi disiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.
Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam .Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.
Memberi Nama Hari ke 16 Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa.. Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak.
Pantang Larang Semasa Perkahwinan SEBELUM . Bakal pengantin akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi, ketika rombongan pengantin perempuan, bakal pengantin dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan. Kad jemputan perlu disiapkan dan dibuat tanpa kesilapan. SEMASA . Jika jamuan dilakukan dikuil, hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kpd tetamu. Dan makanan lain tidak dibenarkan terutamanya daging lembu berlandaskan aspek suku kaum.
Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan.
Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua.
Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua – dua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.
Dewan perkahwinan . Kereta pengantin . Ketibaan pengantin lelaki .Sami memulakan upacara perkahwinan. Pakaian Tradisional Kaum India Terbahagi kepada 3 iaitu : SARI PAKAIAN INDIA KURTA PUNJABI .SARI Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut.
Kain sari dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau dibawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut daripada terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah. PUNJABI Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, juga popular dikalangan wanita di utara India. Terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar serta tudung kepala yang sesuai warnanya.
Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai salwar kameez. Salwar kameez Punjabi yang dimodenkan Kurta merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum India. Kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera. Pada kebiasaannya, kurta dipakai bersama salwar longgar, seluar longgar atau seluar churidar Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama yng mana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika mjlis-majlis rasmi. Kurta juga boleh dipakai bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki
No comments:
Post a Comment