BUDAYA DAN ADAT RESAM CINA
Asal Usul Hari Ching Ming Terdapat beberapa kisah tentang Hari Ching Ming. Akan tetapi, yang lebih tepatnya ialah kisah tentang seorang putera yang melarikan diri bersama pengikutnya kerana kerajaannya telah dikalahkan oleh kerajaan lain. Dalam suatu keadaan, mereka telah kehabisan makanan.Para pengikutnya mengambil sebahagian daging pahanya sendiri untuk dimakan putera.
Bertahun-tahun berlalu, setelah berhasil merebut kembali kerajaaannya, putera Berjaya mendapat balik takhta raja dan ingin memebalas budi pengikutnya.Akan tetapi ditolak oleh para pengikutnya tersebut yang ingin migrat ke hutan untuk merawat ibunya yang sudah tua. Berbagai-bagai cara dilakukan raja untuk bertemu dengan para pengikutnya tetapi tidak berhasil.
Akhirnya raja memerintahkan prajuritnya untuk membakar hutan tersebut untuk memaksa para pengikutnya dan ibunya keluar dari hutan.Ternyata, keduanya sudah terbakar hidup-hidup dalam hutan.Akan tetapi, raja menemui sehelai kain dengan sajak yang ditulis oleh para pengikutnya.Dia berharap raja dapat memerintah dengan cekap, bersih, dan cekap, iaitu “Ching Ming” dalam bahasa Cina.Raja amat menyesali perbuatan beliau, oleh itu hari terbakarnya para pengikutnya ditetapkan sebagai hari sembahyang yang menandakan penghormatan bagi orangtua dan lelulur.Sejak itu, Cheng Beng diperingati setiap tahun sebagai wujud bakti dan syukur kepada orang tua dan leluhur kita. c) Adat Resam dan Cara Perayaan Kaum Cina yang beragama campuran Taoist dan Buddha, mempunyai kepercayaanbahawa hidup atau mati, mereka terus bertanggungjawab menjaga makan- minum ahli keluarga yang telah mati.Ini sebagai tanda sayang bukan kepercayaan hantu.Majoritinya telah menyembah kubur ini adalah dengan niat murni untuk terus mengingati ahli keluarga yang telah mati.
Pembakaran bahan-bahan kertas adalah untuk menunjukkan ketaatan mereka kepada nenek moyang kerana mereka mempercayai bahawa roh-roh akan hidup macam mereka juga. Oleh itu,bahan-bahan keperluan dalam bentuk kertas akan dibakar untuk digunakan oleh roh-roh nenek moyang. Kertas perak merupakan duit bagi leluhur.Colok juga dibakar sebagai satu penghormatan dan bentuk makanan kepada leluhur.Selain bahan-bahan kertasakandibakar untuk leluhur, makanan juga disajikan untuk leluhur. Pada malam yang sama selepas pergi kubur. Di tempat kediaman juga akan diadakan satu penyembahan di tepi jalan yang biasanya di depan rumah kediaman, lebih kurang waktu. d) Perayaan hantu lapar Perayaan Hantu Lapar atau Hungry Ghost Festival turut wujud di Malaysia. Kaum Cina yang beragama Taoist akan mengingati Perayaan Hantu Lapar pada bulan tujuh, mengikut kalendar Cina. Biasanya, mereka akan merayaakan Perayaan Hantu Lapar selama lima belas hari, iaitu bermula dari malam hingga bulan mengambang.Siapakah hantu-hantu itu? Biasanya, mereka adalah roh-roh yang mati tanpa keluarga.Jadi, mereka kebiasaannya merayau-rayau di merata-rata tempat.Oleh sebab mereka tidak ada keluarga, tidak ada sesiapa yang bersembahyang untuk mereka.
Oleh itu, orang-orang Cina beragama Taoist (orang Buddist tidak percaya terhadap perkara iniakan menghulurkan makanan dan „wang-wang‟ kertas kepada roh -roh ini. Jika kamu semua tengok, di tempat sembahyang, biasanya ada satu raksaksa bermuka hitam dan lidah panjang.Dia merupakan ketua yang menjagakan pintu neraka.Sesetengah hantu atau roh ini adalah manusia yang dahulunya telah berdosa dan telah masuk neraka kerana perbuatan mereka. e) Perayaan qing ming Dalam budaya tradisional China, "Qing Ming" merupakan hari untuk memuja nenek moyang yang telah meninggal dunia. Berdasarkan catatan sejarah, adat resam yang mempunyai sejarah lebih kurang 2,500 tahun itu bukan sahaja diamalkan oleh etnik Han, tetapi juga oleh beberapa kaum minoriti yang lain.
Pada hari "Qing Ming", orang ramai akan menziarahi kawasan perkuburan, membakar colok, meletakkan makanan dan buah-buahan di depan jirat kaum keluarga dan menimbunkan tanah di atas jirat lama supaya jirat itu menjadi lebih tinggi dan kukuh. Selepas itu, ahli keluarga akan menjalankan upacara penyembahan kepada nenek moyang dan mencurahkan arak di depan jirat. Kebanyakan kawasan di China biasanya mengalami hujan pada hari "Qing Ming". Suasana ini akan menyebabkan bertambahnya rasa sedih dan rasa rindu ahli keluarga terhadap orang yang sudah pergi. Penyajak terkenal China pada abad ke-9 Masihi, Du Mu, pernah menulis sajak "Qing Ming" yang berbunyi "hujan turun tidak henti-henti pada hari Qing Ming, mereka yang dalam perjalanan untuk menziarahi kubur kaum keluarga juga kelihatan sedih . Menziarah dan membersihkan kubur nenek moyang pada hari "Qing Ming" merupakan bahagian penting dalam kebudayaan tradisional China.Hingga ke hari ini, orang China masih mengamalkan adat resam yang diwarisi turun-temurun ini.Pada awal tahun ini, kerajaan China telah mengisytiharkan hari "Qing Ming" sebagai hari cuti umum.
Walau bagaimanapun, hari "Qing Ming" bukanlah hanya dikaitkan dengan kesedihan sahaja.Ia juga dikenali sebagai musim untuk memijak rumput-rumput yang kembali menghijau, iaitu tanda tibanya masa bagi orang ramai keluar untuk menikmati keindahan musim bunga.Berdasarkan catatan sejarah, rakyat China pada zaman purba mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik sempena hari tersebut. Selain keluar ke luar bandar, berbuai dan main wau juga dilakukan pada hari tersebut. Perkahwinan Cina Perkahwinan Cina secara tradisi diatur antara keluarga-keluarga berkenaan. Pada asalnya, kebudayaan Cina membenarkan percintaan, dengan monogami merupakan norma masyarakat etnik Cina. Perkahwinan dalam konteks konfusianisme
Dalam pemikiran Konfusianisme, perkahwinan merupakan suatu peristiwa yang amat penting kepada kedua-dua unit keluarga serta masyarakat. Secara tradisi dalam kebudayaan Cina, inses telah ditakrifkan sebagai perkahwinan antara dua orang dengan nama keluarga yang sama. Dari sudut pandangan sebuah keluarga yang menganuti Konfusianisme, perkahwinan merapatkan keluarga-keluarga denga nama keluarga yang berlainan dan meneruskan jurai keturunan klan bapanya. Secara amnya, ini merupakan sebab utama mengapa anak lelaki diutamakan berbanding dengan anak perempuan ketika melahirkan anak
.Oleh itu, manfaat dan kelemahan sesuatu perkahwinan adalah penting kepada seluruh keluarga, bukannya sahaja kepada pasangan yang berkenaan.Secara sosial, sepasang suami isteri dianggap sebagai unit asas masyarakat Cina.Dalam sejarah Cina, terdapat banyak perkahwinan yang menjejaskan kestabilan politik negara dan hubungan-hubungan antarabangsanya. Sejak zaman Dinasti Han, raja puak-puak asing yang kuat seperti puak Mongol, Manchu, Xiongnu, dan Turki, sering menuntut perempuan-perempuan daripada keluarga diraja Cina. Banyak zaman dalam sejarah Cina juga dikuasai oleh keluarga isteri atau ibu Maharaja. Perkahwinan juga berkait dengan politik. Upacara amal perkahwinan tradisional Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam. Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan nama baik keluarga, serta keperluan bapa dan suaminya.
Walaupun China mempunyai sejarah yang lama serta banyak kawasan geografi yang berbeza, terdapat enam upacara amal pada umumnya yang secara am dikenali sebagai tiga aksara dan pinangan: Ketika ibu bapa seorang anak lelaki menentukan bakal menantu perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang kerjanya adalah untuk mengurangkan konflik kepentingan serta rasa malu ketika membincangkan kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga yang biasanya tidak rapat atau langsung dikenali. Pembandingan Hari Jadi: Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak membantah terhadap pinangan, tukang risik akan membandingkan hari jadi pasangan tersebut. Jika pasangan itu adalah sesuai menurut astrologi Cina, mereka akan meneruskan ke langkah yang berikut. Harga pengantin perempuan (Hadiah Pertunangan):
Keluarga anak lelaki akan mengatur tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan (hadiah pertunangan), termasuk surat pertunangan) kepada keluarga bakal pengantin perempuan. Penyampaian Hadiah Perkahwinan: Hadiah perkahwinan berbeza-berbeza, bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga. Makanan dan makanan istimewa merupakan hadiah yang biasa. Pemilihan Hari Perkahwinan: Takwim Cinaakan dirujuk untuk menetapkan hari yang bertuah. Upacara Perkahwinan: Upacara terakhir ialah upacara perkahwinan sebenar yang menjadikan pengantin perempuan dan pengantin lelaki sebagai suami isteri. Perarakan Perkahwinan: Perarakan perkahwinan dari rumah pengantin perempuan bergerak ke rumah pengantin lelaki. Perarakan itu terdiri daripada sebuah tandu pengantin perempuan, sebuah pancaragam tradisional, sepasukan pengapit pengantin perempuan (jika ada), serta hantaran kahwin pengantin perempuan dalam bentuk wang. Penyambutan Pengantin Perempuan.
Perarakan perkahwinan berhenti di hadapan pintu rumah pengantin lelaki. Terdapat upacara-upacara tertentu yang dipatuhi untuk menyambut pengantin perempuan dan ahli-ahli perarakan ke dalam rumah pengantin lelaki. Upacara-upacara tersebut berbeza-beza dari tempat ke tempat.Upacara Perkahwinan Sebenar: Sepadan dengan melafazkan ikrar perkahwinan di Barat, pasangan akan memberi penghormatan-penghormatan kepada Syurga dan Bumi, ibu bapa pengantin lelaki, serta antara satu sama lain. Jamuan Perkahwinan.
Dalam masyarakat Cina, jamuan perkahwinan dikenali sebagai xǐ-jǐu yang secara harfiahnya bermaksud "wain kegembiraan", dan kekadang adalah jauh lebih penting daripada majlis perkahwinan pada dirinya. Adanya juga upacara-upacara seperti menuang wain atau teh untuk ibu bapa, pasangan, dan para tetamu. Proses penceraian tradisional Dalam masyarakat Cina tradisional, terdapat tiga cara utama untuk membubarkan perkahwinan: Perceraian tanpa kesalahan: Menurut kod undang-undang Dinasti Tang (618- 907), sebuah perkahwinan boleh dibubarkan atas sebab tidak bersesuaian, asalkan suami menulis catatan perceraian.
No comments:
Post a Comment