Monday, 20 March 2017



NARMATHA MENON A/P VASUDEVAN [KETUA]
19DAT16F2028

                             MUAMMAD NUR ARIFF BIN AHMAD SABRI[SETIAUSAHA]
19DAT16F2014

                                                         AYU RUSYDA BINTI TUAH
                                                                    19DAT16F2023

                                                        JASHVINI A/P APPALANAIDU
                                                                      19DAT16F2019

NURZALIKA BINTI ZAIDI
19DAT16F2020

MUHAMMAD FAIZUDDIN BIN KAMALUDDIN
19DAT16F2023

Wednesday, 8 March 2017

KESIMPULANNYA..

Pihak sekolah bolehlah mewujudkan kelab seperti Kelab Tarian Melayu, Tarian Cina, Tarian India, Kelab Mencanting Batik dan sebagainya. Kesemuanya haruslah mengenai budaya setiap kaum di malaysia. Disamping itu, keadaan ini juga dapat menggalakkan pelajar untuk mempelajari budaya kaum-kaum yang berlainan dan kaum sendiri. Oleh itu, pihak sekolah haruslah memainkan peranan yang sewajarnya supaya dapat menanam sikap cintakan budaya Malaysia dalam diri para pelajar sejak mereka masih muda lagi.

Pelbagai usaha juga boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengekalkan tradisi kaum-kaum di Malaysia. Kerajaan khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti kebudayaan rakyat Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk memdedahkan kepada rakyat tentang keunikan budaya yang terdapat di Malaysia.
Pesta Kebudayaan dan Kesenian boleh diadakan di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa untuk menunjukkan pelbagai aktiviti kebudayaan yang terdapat di Malaysia yang meliputi tarian, muzik, makanan, pakaian dan sebaginya. Selain itu, kerajaan juga boleh mengadakan rumah terbuka secara besar-basaran bagi setiap parayaan yang di sambut di Malaysia seperti Perayaan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Gawai, dan sebagainya.
 Aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan rakyat malaysia tanpa mengira kaum apabila semua kaum disatukan di bawah satu bumbung. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan kerajaan amat penting dalam usaha untuk mengekalkan budaya rakyat Malaysia dalam pelbagai aspek sama ada di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa.
Usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan kempen-kempen untuk menggalakkan masyarakat untuk terus memartabatkan budaya masing-masing sama ada dalam negara mahupun sehingga ke luar negara.
Kempen-kempen yang diadakan oleh pihak swasta mahupun pihak kerajaan akan dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya usaha untuk mengekalkan budaya yang masih diamalkan oleh setiap kaum di Malaysia. Kempen-kempen yang akan dilakukan haruslah dibuat secara berterusan supaya tidak jadi seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Contoh kempen yang boleh dilakukan ialah “Bersama Kita Mengekalkan
Budaya Kita” atau “Budaya Melambangkan Bangsa”.
Selain itu, pihak-pihak sasterawan juga boleh menyumbang tenaga dengan mengadakan majlis pembacaan puisi-puisi yang berkaitan kebudayaan Melayu, Cina dan India mahupun menulis puisi-puisi yang indah mengenai kepentingan dan keunikan kebudayaan Malaysia. Semua pihak boleh mendapat kerjasama daripada media cetak atau elektronik untuk menjayakan lagi kempen-kempen yang akan dijalankan.
Kesimpulannya, budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum yang terdapat di Malaysia perlulah dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah tradisi yang unik yang tidak terdapat dalam kaum-kaum yang lain. Kesemua budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya haruslah dikekalkan untuk generasi yang akan datang supaya generasi baru juga turut mengetahui budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Oleh hal yang demikian, peranan semua pihak amatlah diperlukan supaya segala usaha yang akan dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan dan menguntungkan semua pihak.



BUDAYA DAN ADAT RESAM HINDU  

    

Dalam Agama Hindu ada lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan Pancasradha. Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu.  PANTANG LARANG Semasa Mengandung Semasa Perkahwinan Semasa Deepavali . Pantang Larang Semasa
 
Mengandung  semasa Ibu dilarang keluar pada waktu malam secara berseorangan.  Ibu dilarang tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam ( tidur berlebihan )   Ibu dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih.  Suami dilarang memukul atau mengasari isteri.  Suami dilarang menyembelih/ membunuh binatang & menebang pokok khasnya pokok pisang. SELEPAS   Dlm tempoh 2 bulan, ibu perlu hindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja berat.   
 
SELEPAS KELAHIRAN Potong Tali Pusat Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang.  Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.  
 
 Menyapu Madu  Bayi yang baru dilahirkan akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Air gula juga boleh digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit.  Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur. Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi.  
 
 
 Membawa Bayi Pulang Ke Rumah  Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke pada bilangan hari ganjil.  Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dari pada berlaku.  Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam.  Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak.  Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.   
 
   Mandi Selepas Bersalin   Bayi diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas.  dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan.  Pembedahan ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran.  Normal ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin.   Bayi dimandikan pada waktu tengah hari oleh seorang wanita yang berpengalaman.   Bayi disiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.   
 
 Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak.  Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam .Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.   
 
 Memberi Nama  Hari ke 16   Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa.. Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak.  
 
  Pantang Larang Semasa Perkahwinan SEBELUM . Bakal pengantin akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi, ketika rombongan pengantin perempuan, bakal pengantin dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan. Kad jemputan perlu disiapkan dan dibuat tanpa kesilapan. SEMASA . Jika jamuan dilakukan dikuil, hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kpd tetamu. Dan makanan lain tidak dibenarkan terutamanya daging lembu berlandaskan aspek suku kaum.
  
 Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan.    
 
Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.  Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua.    
 
Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada.   Kedua – dua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.    
 
 Dewan perkahwinan . Kereta pengantin . Ketibaan pengantin lelaki .Sami memulakan upacara perkahwinan.   Pakaian Tradisional Kaum India  Terbahagi kepada 3 iaitu : SARI PAKAIAN INDIA KURTA PUNJABI .SARI   Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia.  Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut.  
 
Kain sari dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau dibawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut daripada terlucut.  Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah. PUNJABI  Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, juga popular dikalangan wanita di utara India.  Terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar serta tudung kepala yang sesuai warnanya.  
 
Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai salwar kameez.  Salwar kameez Punjabi yang dimodenkan   Kurta merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum India.  Kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera.  Pada kebiasaannya, kurta dipakai bersama salwar longgar, seluar longgar atau seluar churidar   Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama yng mana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika mjlis-majlis rasmi.   Kurta juga boleh dipakai bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki

BUDAYA DAN ADAT  RESAM CINA



Asal Usul Hari Ching Ming Terdapat beberapa kisah tentang Hari Ching Ming. Akan tetapi, yang lebih tepatnya ialah kisah tentang seorang putera yang melarikan diri bersama pengikutnya kerana kerajaannya telah dikalahkan oleh kerajaan lain. Dalam suatu keadaan, mereka telah kehabisan makanan.Para pengikutnya mengambil sebahagian daging pahanya sendiri untuk dimakan putera. 
 
Bertahun-tahun berlalu, setelah berhasil merebut kembali kerajaaannya, putera Berjaya mendapat balik takhta raja dan ingin memebalas budi pengikutnya.Akan tetapi ditolak oleh para pengikutnya tersebut yang ingin migrat ke hutan untuk merawat ibunya yang sudah tua. Berbagai-bagai cara dilakukan raja untuk bertemu dengan para pengikutnya tetapi tidak berhasil.
 
 Akhirnya raja memerintahkan prajuritnya untuk membakar hutan tersebut untuk memaksa para pengikutnya dan ibunya keluar dari hutan.Ternyata, keduanya sudah terbakar hidup-hidup dalam hutan.Akan tetapi, raja menemui sehelai kain dengan sajak yang ditulis oleh para pengikutnya.Dia berharap raja dapat memerintah dengan cekap, bersih, dan cekap, iaitu “Ching Ming” dalam bahasa Cina.Raja amat menyesali perbuatan beliau, oleh itu hari terbakarnya para pengikutnya ditetapkan sebagai hari sembahyang yang menandakan penghormatan bagi orangtua dan lelulur.Sejak itu, Cheng Beng diperingati setiap tahun sebagai wujud bakti dan syukur kepada orang tua dan leluhur kita. c) Adat Resam dan Cara Perayaan Kaum Cina yang beragama campuran Taoist dan Buddha, mempunyai kepercayaanbahawa hidup atau mati, mereka terus bertanggungjawab menjaga makan- minum ahli keluarga yang telah mati.Ini sebagai tanda sayang  bukan kepercayaan hantu.Majoritinya telah menyembah kubur ini adalah dengan niat murni untuk terus mengingati ahli keluarga yang telah mati.
 
 
Pembakaran bahan-bahan kertas adalah untuk menunjukkan ketaatan mereka kepada nenek moyang kerana mereka mempercayai bahawa roh-roh akan hidup macam mereka juga. Oleh itu,bahan-bahan keperluan dalam bentuk kertas akan dibakar untuk digunakan oleh roh-roh nenek moyang. Kertas perak merupakan duit bagi leluhur.Colok juga dibakar sebagai satu penghormatan dan bentuk makanan kepada leluhur.Selain bahan-bahan kertasakandibakar untuk leluhur, makanan juga disajikan untuk leluhur. Pada malam yang sama selepas pergi kubur. Di tempat kediaman juga akan diadakan satu penyembahan di tepi jalan yang biasanya di depan rumah kediaman, lebih kurang waktu. d) Perayaan hantu lapar Perayaan Hantu Lapar atau Hungry Ghost Festival turut wujud di Malaysia. Kaum Cina yang beragama Taoist akan mengingati Perayaan Hantu Lapar pada bulan tujuh, mengikut kalendar Cina. Biasanya, mereka akan merayaakan Perayaan Hantu Lapar selama lima belas hari, iaitu bermula dari malam hingga bulan mengambang.Siapakah hantu-hantu itu? Biasanya, mereka adalah roh-roh yang mati tanpa keluarga.Jadi, mereka kebiasaannya merayau-rayau di merata-rata tempat.Oleh sebab mereka tidak ada keluarga, tidak ada sesiapa yang bersembahyang untuk mereka.
 
Oleh itu, orang-orang Cina beragama Taoist (orang Buddist tidak percaya terhadap perkara iniakan menghulurkan makanan dan „wang-wang‟ kertas kepada roh -roh ini. Jika kamu semua tengok, di tempat sembahyang, biasanya ada satu raksaksa bermuka hitam dan lidah panjang.Dia merupakan ketua yang menjagakan pintu neraka.Sesetengah hantu atau roh ini adalah manusia yang dahulunya telah berdosa dan telah masuk neraka kerana perbuatan mereka. e) Perayaan qing ming Dalam budaya tradisional China, "Qing Ming" merupakan hari untuk memuja nenek moyang yang telah meninggal dunia. Berdasarkan catatan sejarah, adat resam yang mempunyai sejarah lebih kurang 2,500 tahun itu bukan sahaja diamalkan oleh etnik Han, tetapi juga oleh beberapa kaum minoriti yang lain.
 
 
Pada hari "Qing Ming", orang ramai akan menziarahi kawasan perkuburan, membakar colok, meletakkan makanan dan buah-buahan di depan jirat kaum keluarga dan menimbunkan tanah di atas jirat lama supaya jirat itu menjadi lebih tinggi dan kukuh. Selepas itu, ahli keluarga akan menjalankan upacara penyembahan kepada nenek moyang dan mencurahkan arak di depan jirat. Kebanyakan kawasan di China biasanya mengalami hujan pada hari "Qing Ming". Suasana ini akan menyebabkan bertambahnya rasa sedih dan rasa rindu ahli keluarga terhadap orang yang sudah pergi. Penyajak terkenal China pada abad ke-9 Masihi, Du Mu, pernah menulis sajak "Qing Ming" yang berbunyi "hujan turun tidak henti-henti pada hari Qing Ming, mereka yang dalam perjalanan untuk menziarahi kubur kaum keluarga juga kelihatan sedih .  Menziarah dan membersihkan kubur nenek moyang pada hari "Qing Ming" merupakan bahagian penting dalam kebudayaan tradisional China.Hingga ke hari ini, orang China masih mengamalkan adat resam yang diwarisi turun-temurun ini.Pada awal tahun ini, kerajaan China telah mengisytiharkan hari "Qing Ming" sebagai hari cuti umum.
 
 
Walau bagaimanapun, hari "Qing Ming" bukanlah hanya dikaitkan dengan kesedihan sahaja.Ia juga dikenali sebagai musim untuk memijak rumput-rumput yang kembali menghijau, iaitu tanda tibanya masa bagi orang ramai keluar untuk menikmati keindahan musim bunga.Berdasarkan catatan sejarah, rakyat China pada zaman purba mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik sempena hari tersebut. Selain keluar ke luar bandar, berbuai dan main wau juga dilakukan pada hari tersebut. Perkahwinan Cina Perkahwinan Cina secara tradisi diatur antara keluarga-keluarga berkenaan. Pada asalnya, kebudayaan Cina membenarkan percintaan, dengan monogami merupakan norma masyarakat etnik Cina. Perkahwinan dalam konteks konfusianisme
 
Dalam pemikiran Konfusianisme, perkahwinan merupakan suatu peristiwa yang amat penting kepada kedua-dua unit keluarga serta masyarakat. Secara tradisi dalam kebudayaan Cina, inses telah ditakrifkan sebagai perkahwinan antara dua orang dengan nama keluarga yang sama. Dari sudut pandangan sebuah keluarga yang menganuti Konfusianisme, perkahwinan merapatkan keluarga-keluarga denga   nama  keluarga yang berlainan dan meneruskan jurai keturunan klan bapanya. Secara amnya, ini merupakan sebab utama mengapa anak lelaki diutamakan berbanding dengan anak perempuan ketika melahirkan anak
 
.Oleh itu, manfaat dan kelemahan sesuatu perkahwinan adalah penting kepada seluruh keluarga, bukannya sahaja kepada pasangan yang berkenaan.Secara sosial, sepasang suami isteri dianggap sebagai unit asas masyarakat Cina.Dalam sejarah Cina, terdapat banyak perkahwinan yang menjejaskan kestabilan politik negara dan hubungan-hubungan antarabangsanya. Sejak zaman Dinasti Han, raja puak-puak asing yang kuat seperti puak Mongol, Manchu, Xiongnu, dan Turki, sering menuntut perempuan-perempuan daripada keluarga diraja Cina. Banyak zaman dalam sejarah Cina juga dikuasai oleh keluarga isteri atau ibu Maharaja. Perkahwinan juga berkait dengan politik. Upacara amal perkahwinan tradisional Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam. Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan nama baik keluarga, serta keperluan bapa dan suaminya.
 
 Walaupun China mempunyai sejarah yang lama serta banyak kawasan geografi yang berbeza, terdapat enam upacara amal pada umumnya yang secara am dikenali sebagai tiga aksara dan  pinangan: Ketika ibu bapa seorang anak lelaki menentukan bakal menantu perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang kerjanya adalah untuk mengurangkan konflik kepentingan serta rasa malu ketika membincangkan kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga yang biasanya tidak rapat atau langsung dikenali. Pembandingan Hari Jadi: Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak membantah terhadap pinangan, tukang risik akan membandingkan hari jadi pasangan tersebut. Jika pasangan itu adalah sesuai menurut astrologi Cina, mereka akan meneruskan ke langkah yang berikut. Harga pengantin perempuan (Hadiah Pertunangan):
 
 Keluarga anak lelaki akan mengatur tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan (hadiah pertunangan), termasuk surat pertunangan) kepada keluarga bakal pengantin perempuan. Penyampaian Hadiah Perkahwinan: Hadiah perkahwinan berbeza-berbeza, bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga. Makanan dan makanan istimewa merupakan hadiah yang biasa. Pemilihan Hari Perkahwinan: Takwim Cinaakan dirujuk untuk menetapkan hari yang bertuah. Upacara Perkahwinan: Upacara terakhir ialah upacara perkahwinan sebenar yang menjadikan pengantin perempuan dan pengantin lelaki sebagai suami isteri. Perarakan Perkahwinan: Perarakan perkahwinan dari rumah pengantin perempuan bergerak ke rumah pengantin lelaki. Perarakan itu terdiri daripada sebuah tandu pengantin perempuan, sebuah pancaragam tradisional, sepasukan pengapit pengantin perempuan (jika ada), serta hantaran kahwin pengantin perempuan dalam bentuk wang.  Penyambutan Pengantin Perempuan.
 
Perarakan perkahwinan berhenti di hadapan pintu rumah pengantin lelaki. Terdapat upacara-upacara tertentu yang dipatuhi untuk menyambut pengantin perempuan dan ahli-ahli perarakan ke dalam rumah pengantin lelaki. Upacara-upacara tersebut berbeza-beza dari tempat ke tempat.Upacara Perkahwinan Sebenar: Sepadan dengan melafazkan ikrar perkahwinan di Barat, pasangan akan memberi penghormatan-penghormatan kepada Syurga dan Bumi, ibu bapa pengantin lelaki, serta antara satu sama lain. Jamuan Perkahwinan.
 
 Dalam masyarakat Cina, jamuan perkahwinan dikenali sebagai xǐ-jǐu yang secara harfiahnya bermaksud "wain kegembiraan", dan kekadang adalah jauh lebih penting daripada majlis perkahwinan pada dirinya. Adanya juga upacara-upacara seperti menuang wain atau teh untuk ibu bapa, pasangan, dan para tetamu. Proses penceraian tradisional Dalam masyarakat Cina tradisional, terdapat tiga cara utama untuk membubarkan perkahwinan:    Perceraian tanpa kesalahan: Menurut kod undang-undang Dinasti Tang (618- 907), sebuah perkahwinan boleh dibubarkan atas sebab tidak bersesuaian, asalkan suami menulis catatan perceraian.

Budaya dan Adat Resam Orang Melayu               



SEWAKTU MENGANDUNG Melenggang Perut Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.       
 
  SEWAKTU BERSALIN Bersalin Persediaan ini akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus.   
 
       BERSALIN Azan/Qamat Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di keduadua belah telinganya manakala bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan upacara ini.   
 
      SELEPAS LAHIR Tanggal Pusat/Cuci Lantai Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis. Bersunat / Berkhatan Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim.   
 
 
     PERKHAWINAN Merisik Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya.   
 
 
      PERKHAWINAN Meminang Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula.   
 
 
      PERKHAWINAN Bertunang Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain.    
 
 
 PERKHAWINAN Akad Nikah Dijalankan oleh Tok Imam Majlis Perkahwinan Persiapan akan dijalankan termasuklah mendirikan, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta menyediakan bunga telur. Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari.    
 
 KEMATIAN Semasa Kematian Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Di kampungkampung misalnya, pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam.   Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar.    
  
 KEMATIAN Semasa Kematian Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat. Mayat perempuan akan dimandikan oleh tukang mandi mayat perempuan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu mereka yang paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri.          KEMATIAN • Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih. Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita pula sebanyak lima lapis beserta telekung. Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus. Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.   
 
KEMATIAN Semasa Kematian Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati.  Semasa Pengebumian Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke tanah perkuburan. Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam. Sebelum ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala.        
 
KEMATIAN Semasa Pengebumian Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepalkepal dan selepas diazankan di telinganya, barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus. Dua batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda. Seterusnya upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam. Selepas talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur         
 
KEMATIAN Selepas Kematian Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari. Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia.

TARIAN TRADISIONAL HINDU



Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).
 
Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya dengan pelbagai jenis tarian suku kaum India.Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi, Mohiniattam, Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian itu banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu dan cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Bharata Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.
 
Interpretasi umum untuk nama Bharata Natyam:
BHA (ekspresi) + RA (muzik) + TA (irama) + NATYAM (tarian) = Bharata Natyam
Tarian Bharata Natyam berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India dan dikenali sebagai tarian kebangsaan India. Ini adalah bentuk tarian abad ke-20 rekonstruksi Cathir, seni penari-penari di candi. Cathir pula, merupakan turunan dari bentuk-bentuk tarian zaman dahulu. Tarian ini merupakan gaya tarian klasik India yang paling banyak diamalkan di Selatan India. Bharata Natyam sebagai bentuk tari dan muzik Carnatic menetapkannya dalam Bhakti. Bharata Natyam dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual, upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan. Tarian Bharata Natyam dan muzik Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu persembahan. Ia adalah salah satu dari lima gaya besar yang merangkumi Odissi iaitu unsur air, dan Mohiniattam iaitu unsur udara. Gerakan penari Bharata Natyam yang asli menyerupai gerakan api.
 
Bharata Natyam merupakan manifestasi daripada idea dahulu kala iaitu perayaan alam semesta yang kekal melalui perayaan dari keindahan tubuh manusia. Beberapa teknik dalam Bharata Natyam boleh dikesan balik pada gaya Kaisiki. Semasa zaman pertengahan, raja-raja setempat sering mengundang penari-penari di candi iaitu devadasi untuk menari di istana, peristiwa ini melahirkan penari-penari kategori baru iaitu rajanarthakis. Seorang devadasi harus memenuhi jiwa sendiri semasa menari dan berserah kepada Tuhan, tetapi rajanarthaki menari untuk tujuan hiburan semata-mata. Walaupun sebahagian besar penari Bharata Natyam pada masa itu adalah menari untuk tujuan hiburan, namum begitu, tarian gaya Natya Shastra adalah tarian suci dalam upacara Hindu untuk meninggikan rohani para penonton. Bharata Natyam adalah tarian yang dipersembahkan secara solo dengan dua aspek, pertama ialah lasya iaitu wanita yang lemah lembut, dan kedua ialah tandava iaitu aspek maskulin, yang sama konsep dengan Yin dan Yang di budaya Cina. Kejatuhan kerajaan Hindu di selatan menandakan kehilangan tarian gaya Natya Shastra. Tarian yang suci ini telah hilang ditelan zaman.
 
 

TARIAN TRADISIONAL MELAYU..




                                                                TARIAN ZAPIN


Tarian yang terkenal di negeri Johor ini dikatakan telah dibawa masuk dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Zapin telah dijadikan tarian hiburan di istana. Pada masa itu, negeri Johor telah menggantikan peranan Melaka sebagai pelabuhan entreport pada abad ke-16.Tarian ini mementingkan pergerakan berkumpulan. Antara alat muzik yang mengiringi tarian zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas.